Frenzy.FM


.: Frenzy . Fm :.
Mesti Gempak Punya!~
MINTA LAGU

Jumaat, 11 Jun 2010

Ayat Cinta


Sebuah bicara mampu membuat orang tenang,
Sebuah ketenangan dapat mencari keyakinan,
Sebuah Cinta juga mampu mecari sebuah keikhlasan.

Cinta adalah Waktu dan waktu adalah cinta,
Jika Waktu tidak pernah berhenti beerti cinta juga tidak pernah berhenti.

Islam menghalang kita bercinta untuk mengelak maksiat,
Tetapi islam tidak pernah menghalng untuk berkongsi kasih secara ikhlas.

Kalau cinta itu dusta,
mengapa ramai yang mengharapnya?
Kalau cinta itu buta,
mengapa ramai terpilih untuk menerima cinta?
Sebuah cinta mempunyai banyak persoalan.

Jangan pernah berhenti berharap dengan cinta
Kerana cinta selalu mengharapkan kita.
Jangan pernah menunggu cinta kerana cinta selalu bersama kita.

Cinta, Cinta dan Cinta
Sebuah cinta,
Sebuah Keikhlasan.
Sebuah cinta,
Sebuah Keyakinan
Sebuah cinta
Sebuah Harapan.

Ada orang tidak boleh menerima cinta,
Padahal dia sedang memiliki cinta,
Cinta ada pada setiap makhluk di muka bumi,
Jadi jangan pernah menolak cinta.

Kalau cinta boleh berubah apa ertinya?
Kalau kasih boleh berubah apa ertinya?
Kalau sayang sudah berubah apa ertinya?

Apa itu cinta?
Mengapa kita akan jadi gila jika mempunyai cinta?
Apakah Cinta itu yang gila atau kita yang gila pada cinta?
***Smuanya bergantung pada kita***

Jika sang kekasih sedang gila bercinta,
Mengapa berdusta pada kasih? mengapa?
Jika sayang pada cinta,
mengapa harus diputuskan ikatan yang sempurna ini?
Tanpa disedari benci bertukar kawan,
Kawan bertukar sahabat
Tanpa disedari juga sahabat
Bertukar menjadi kekasih


Bahagianya dunia sekitanya kita memiliki apa yang kita mahu?
Tetapi apa yang kita mahukan?
Yang kita mahukan adalah sebuah nafsu yang penuh kejahatan...

Cinta Merupakan Sahabar Sejati
Sayang seribu kali sayang jika
Kita tidak menghargai cinta

Juliet selalu mengharapkan cinta dari romeo
Beast Selali mencari kasih dari beauty
Kita pula mengharapkan kasih dari siapa?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Page