Frenzy.FM


.: Frenzy . Fm :.
Mesti Gempak Punya!~
MINTA LAGU

Selasa, 15 Jun 2010

Pembatalan Pembangunan Penang Global City Centre (PGCC)








2 September 2007:
Pelancaran Penang Global City Centre (PGCC) projek .

15 September 2007: Enam NGO Penang berasaskan berkumpul untuk mengeluarkan kenyataan bersama terhadap perkembangan PGCC.


7 October 2007: Forum Umum Implikasi PGCC di Penang yang diadakan oleh Kumpulan Kempen PGCC diadakan di Dewan Sri Pinang dihadiri oleh sekitar 350 penduduk Penang


3 September 2008:Pentadbiran negara baru di bawah Pakatan Rakyat mengumumkan pembatalan projek PGCC dicadangkan.





Retail Complex: 384.953 m².
Convention Center: 95.174 m².
Penang Performing Arts Center (PenPAC): 73.950 m².
Condominium Towers: 61. 718 m².
Hotel A and Service Apartments: 23.130 m².
Hotel B and Service Apartments: 25.725 m².
Offices: 22.530 m².
Observatory: 1,256 m².
Parking: 183,390 m².

Ahad, 13 Jun 2010

Kisah Seram Si Pemancing


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.
Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.
Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.
Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar. hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Jumaat, 11 Jun 2010

Boria Pulau Pinang - Kahwin (Boria Anak Tanjung)

Lagu kahwin ini dibuat di rumah P.Ramlee dan Padang Kota Lama

Boria Anak Tanjung Pulau Pinang - Boria Pulau Pinang

Hari demi hari. Ramai orang PENANG sudah melupakan boria. Sekarang persembahan boria sudah dilupakan kerana tiada masa untuk menyertainya dan sebagainya. Kini saya memperkenalkan kepada semua boria Pulau Pinang iaitu dari Kampung Melayu.


Fakta Tentang Air

cukup ke 1 hr kite minum air??
(petikan ni amik from herbalife nyer product)

setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter
*Contoh: Berat 50kg, perlukan 2 liter air
*Praktikkan mengambil air yang cukup setiap hari, kalau boleh mulakan dari sekarang
dan anda akan rasa perbezaannya! Sukat berapa liter yang anda minum setiap hari.
Muhasabah diri dan perbaiki pencapaian pada keesokkannya.




Sedikit tips bagaimana untuk minum air secukupnya:
(1) Minum 2 teguk setiap 10 minit dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
*Anda akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut!
(2) Masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa yang anda telah minum
*Jika botol besar, semangat mudah luntur
(3) Jika anda selalu minum seliter sahaja sehari atau kurang, cuba tambah
sedikit demi sedikit setiap hari (bukan sekali gus 3 liter). Tanamkan sikap
"Hari ini lebih baik dari semalam"


Fakta:
Tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan.
*Bayangkan jika anda cuma minum seliter sehari!



Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?

Otak kita mengandungi 90% air
*Lihat di sekolah, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? Dan anak siapa yang selalunya bijak?
Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 83% air

Air menstabilkan suhu badan
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
Air melembabkan udara dalam paru-paru
Air meningkatkan kadar metabolisma!
Air melindungi organ-organ
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
Air melindungi dan melembabkan rawan



Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?

Tubuh selalu kepenatan
Sakit kepala yang kerap atau migrain
Sembelit
Ketegangan otot
Tekanan darah yang tidak seimbang
Masalah buah pinggang
Kulit kering
Risiko Kematian
Related Posts with Thumbnails

Page